PENGENALAN
Badan Pengurusan Bersama (BPB) atau Joint Management Board (JMB) ialah pihak pengurusan yang dilantik oleh pemilik-pemilik unit Apartment Desa Tasik Fasa 6B (ADTF6B) dari kalangan pemilik-pemilik unit ini sendiri melalui MESYUARAT AGUNG TAHUNAN yang berperanan untuk menguruskan segala hal ehwal pentadbiran, pengurusan bangunan dan kawasan, di Apartment Desa Tasik Fasa 6B (ADTF6B).
VISI
Menjadikan Apartment Desa Tasik Fasa 6B (ADTF6B) suatu ikon contoh dalam segala aspek pengurusan, keselamatan, penyelenggaraan bangunan dan kawasan, kebersihan bangunan, keindahan dan keselesaan penduduk dan seterusnya bagi memastikan aset setiap pemilik sentiasa pertambahan nilai semasa.
Misi
Menyediakan satu persekitaran kondusif setiap pemilik dan penyewa yang mendiami Apartment Desa Tasik Fasa 6B (ADTF6B) ini ke arah kehidupan sejahtera dan berkualiti.