House Rules

BADAN PENGURUSAN BERSAMA (BPB) /
JOINT MANAGEMENT BODY (JMB)
APARTMENT DESA TASIK FASA 6B
(No. Siri : JMB 205/ 2008)

KAEDAH – KAEDAH DALAMAN
(HOUSE RULES)
Untuk Kegunaan Perumahan / Apartment Desa Tasik Fasa 6B

BPB / JMB APDTF6B ( BLOK 4 & 6 )
d/a 06-00-01, Blok 6, Apartment Desa Tasik Fasa 6B,
Jalan 2A/146, Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur.
No. Tel/ Faks : 03- 9058 8144

Maklumat Ubahsuai Dokumen
1 Disember 2017


KANDUNGAN

MAKLUMAT UBAHSUAI DOKUMEN.. 2
KANDUNGAN.. 3
1.0 PENDAHULUAN..
2.0 SENARAI SINGKAT.. 4
3.0 LIPUTAN..  4
4.0 BAYARAN.. 4
5.0 KETETAPAN DALAMAN.. 5

5.1 Kepenggunaan Apartment.. 5
5.2 Tempat Letak Kereta.. 5
5.3 Pengubahsuaian Unit Rumah..  5
5.4 Pengurusan Kebersihan dan Sampah.. 6
5.5 Kawasan Harta Bersama.. 9
5.6 Perkhidmatan Air Minuman dan Pili Bomba.. 11
5.7 Masalah / Kerosakan.. 12
5.8 Mesin angkat (Lif).. 13
5.9 Keselamatan..  13
5.9.1 Pindah Memindah & Penyewaan Unit Rumah.. 13
5.9.2 Pelawat.. 14
5.9.3 Pemasangan Grill Keselamatan.. 14
5.10 Kenderaan Persendirian (Motosikal dan Motokar).. 15
5.11 Kenderaan Perdagangan (Lori).. 15
5.12 Laluan Masuk/ Keluar.. 16
5.13 Zon Larangan Meletak Kenderaan.. 16
5.14 Binatang Peliharaan (Pets).. 17
5.15 Pejabat Pengurusan BPB/ JMB PDTF6B..  17
5.16 Senarai Pegawai Pegawai BPB/ JMB PDTF6B.. 17

6.0 TINDAKAN.. 18
7.0 RINGKASAN STRUKTUR BAYARAN.. 18
8.0 PENUTUP.. 19
9.0 UBAHSUAI KLAUSA.. 20


KAEDAH-KAEDAH DALAMAN (HOUSE RULES), APARTMENT DESA TASIK FASA 6B


1.0 PENDAHULUAN

1.1 Buku Garis Panduan dan Peraturan ini adalah merujuk kepada Kaedah-Kaedah Dalaman (House Rules) bagi Apartment Desa Tasik Fasa 6B (ADTF6B) selepas ini disebut ‘Apartment’. Garis panduan dan peraturan ini adalah menjadi suatu keperluan menjuruskan ke arah pengurusan dan penyelenggaraan Rumah Pangsa yang baik dan berkesan. Pematuhan kepada garis panduan dan peraturan ini oleh semua pemilik adalah penting untuk menjamin kehidupan yang harmoni, selesa serta menjadikan Apartment ini mempunyai reputasi dan prestij yang tersendiri sebagai tempat tempat kediaman yang boleh dibanggakan. 

1.2 Kaedah-Kaedah Dalaman (House Rules) adalah digunakan sebagai panduan yang digunakan untuk mengawal penghuni dan penggunaan Apartment. Semua penghuni dan Pelawat yang berada di Apartment ini adalah tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan. Kerjasama daripada semua penghuni di Apartment ini adalah sangat penting dan amat diperlukan supaya dengan adanya kesedaran ini dapat kita mencapai matlamat yang sama arah kehidupan yang selesa dalam suasana persekitaran yang baik dan aman.

1.3 Kaedah-Kaedah Dalaman (House Rules) ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan kewajaran dan akan dimaklumi sekurang-kurangya semiggu (boleh ditentukan oleh JPB (JMC)) sebelum satu-satu perubahan peraturan atau peraturan baru berkuatkuasa, 


2.0 SENARAI SINGKATAN

2.1 Apartment - Kawasan Apartment yang diwartakan oleh pemaju
2.2 Kawasan Harta Bersama – Kawasan dibawah tanggungjawab BPB/ JMB
2.3 BPB (JMB) PDTF6B - Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body) Perumahan desa Tasik Fasa 6B
2.4 JPB(JMC) - Jawatankuasa Pengurusan Bersama (Joint Management Committee)
2.5 Pemilik – Pembeli petak petak dalam kawasan Apartment
2.6 Penyewa - Penyewa petak petak dalam kawasan Apartment
2.7 Penduduk/ Penghuni – Pemilik, penyewa dan orang yang mendiami Apartment
2.8 Pelawat – Mereka yang bukan penghuni tetap di Apartment
2.9 Pengurusan Bangunan – Pihak yang dilantik oleh JPB (JMC) mengutus tadbir Apartment
2.10 Warga Tempatan – Warganegara Malaysia
2.11 Warga Asing – Bukan warganegara Malysia
2.12 Petak – Unit Rumah 


3.0 LIPUTAN

3.1 Bahagian dalaman setiap petak adalah tanggungjawab pemilik petak kecuali sebahagian dinding, lantai dan siling.

3.2 Kerosakan dalam petak adalah tanggungjawab pemilik, kecuali saluran kumbahan yang dikongsi bersama perlu dipertanggungjawabkan kepada semua yang berkenaan dengan saluran tersebut.

3.3 Sebahagian dinding, atap dan bahagian yang dikongsi bersama adalah tanggungjawab BPB (JMB).

3.4 Bil-bil pengurusan bangunan adalah tanggungjawab BPB (JMB) dan penduduk akan dikenakan caj untuk urusan penyelenggaran ini.


4.0 BAYARAN

BPB (JMB) PDTF6B akan mengenakan caj pengurusan termasuk :-
1. Penyelenggaraan (Bulanan)
2. Perkhidmatan Air (Bulanan)
3. Wang Penjelas/ Sinking Fund (Bulanan)
4. Cukai Tanah/ Quit Rent (Tahunan)

Lain-lain caj akan juga dikenakan seperti berikut :-
1. Denda bagi sebarang pelanggaraan undang-undang dalaman.
2. Faedah akan dikenakan untuk bayaran tertunggak.
3. Wang pendahuluan bagi sebarang kerja pengubahsuaian.
4. Zon larangan letak kenderaan.
5. Pelekat kenderaan.
6. Mengguna ruang legar (lobi) dibawah Blok. (Majlis Perkahwinan dan Kenduri)
7. Lain-lain caj mengikut keperluan semasa untuk pengurusan JMB yang melibatkan kepentingan majoriti pemilik dan penyewa petak. Sila semak senarai bayaran di para 7.0


5.0 KETETAPAN DALAMAN

5.1 KEPENGGUNAAN APARTMENT

5.1.1 Pemilik/ Penyewa hendaklah menggunakan Apartment tersebut hanya sebagai tempat tempat kediaman dan tidak akan membenarkan sesiapa juga menggunakan Apartment tersebut untuk tujuan lain.

5.1.2 Pemilik /Penyewa tidak akan mengunakan Apartment tersebut untuk tujuan maksiat dan bertentangan dengan undang-undang serta tidak akan melakukan dan membenarkan dilakukan di dalam unit atau di mana bahagian di kawasan Rumah Pangsa tersebut.

5.2 TEMPAT LETAK KERETA

5.2.1 Pemilik unit hendaklah meletakkan kenderaan di tempat letak kereta/ motosikal yang disediakan sahaja dan tidak menyebabkan halangan kepada kenderaan lain atau laluan awam. “Denda yang akan dikenakan adalah seperti di para 7.9”.

5.2.2 Adalah dilarang mengecat nombor kenderaan, nama atau nombor unit rumah pada petak-petak letak/ kereta tersebut.

5.2.3 Jangan simpan/ tinggalkan barang-barang berharga di dalam kenderaan tuan/ puan. Pastikan kenderaan tuan/ puan dikunci semasa ditinggalkan di tempat letak kereta.

5.2.4 Semua kenderaan diletakkan di dalam kawasan perumahan adalah menjadi tanggungjawab pemilik kenderaan itu sendiri. Pihak Pengurusan bangunan tidak bertanggungjawab jika berlaku kerosakkan atau kehilangan ke atas kenderaan tersebut atau barang-barang yang berada di dalam kenderaan akibat perletakkan kenderaan tersebut.

5.2.5 Pemilik kenderaan adalah dilarang mencuci atau membaik-pulih kenderaan didalam mana-mana petak kereta atau mana-mana tempat di dalam kawasan apartment. 

5.2.6 Pemilik kenderaan hendaklah sentiasa mematuhi peraturan-peraturan dan papan tanda lalu-lintas serta tidak menimbulkan kacau ganggu semasa berada di dalam kawasan apartment.

5.2.7 Kerjasama pemilik adalah diharapkan untuk tidak menbuang sampah atau mengotorkan kawasan tempat kereta.

5.3 PENGUBAHSUAIAN UNIT RUMAH

5.3.1 Pemilik petak perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan bangunan dalam masa tidak kurang lima (5) hari berkerja sebelum kerja pengubahsuaian dimulakan dimana bayaran wang pendahuluan akan di kenakan. Sila semak senarai bayaran dipara 7.6. Kegagalan mendapat kebenaran boleh dikenakan denda oleh pihak Pengurusan Bangunan, DBKL dan Jabatan Bomba & Penyelamat.

5.3.2 Pemilik petak dilarang sama sekali membuat pengubahsuaian yang boleh menyebabkan perubahan atau boleh menjejaskan struktur terhadap kerangka utama (Main Structure) Apartment.

5.3.3 Kontraktor perlu mendaftar untuk mendapat Kad pelepasan sementara. “Sekiranya tidak mendaftar, pihak kontraktor dianggap menceroboh kawasan apartment dan pihak sekuriti berhak memberhentikan kerja-kerja yang sedang dijalankan dengan serta-merta.”

5.3.4 Pemilik dan kontraktor perlu mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh BPB (JMB).

5.3.5 Pemilik dan kontraktor perlu memastikan keselamatan dan kebersihan kawasan bersama dijaga setiap masa.

5.3.6 Segala sisa-sisa sampah pengubahsuaian hendaklah dibuang oleh kontraktor, tidak dibenarkan dibuang ditong sampah, atau dalam kawasan harta bersama.

5.3.7 Kerja-kerja pengubahsuaian hanya boleh dijalankan pada

Waktu-waktu berikut :-
Isnin - Sabtu : 8.00 pagi – 6.00 petang 
Ahad dan Cuti Umum : Di larang Berkerja
5.3.8 Apabila kerja-kerja pengubahsuaian selesai, pemilik- pemilik petak perlu memaklumkan kepada pihak pengurusann bangunan untuk pemeriksaan sebelum wang pendahuluan boleh dikembalikan jika terdapat sebarang pelanggaran, sebahagian atau keseluruhan wang pendahuluan tersebut boleh digunakan untuk membaiki kerosakan yang terjadi. Jika wang pendahuluan tidak mencukupi, penduduk akan dikenakan caj tambahan mengikut jumlah yang dibilkan kepada pihak Pengurusan Bangunan.

5.3.9 Sekiranya pihak kontraktor gagal mematuhi, pihak pengurusan bangunan akan senarai hitamkan kontraktor dari memasuki kawasan apartment. “Tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pihak yang berkenaan.”  

5.4 PENGURUSAN KEBERSIHAN DAN SAMPAH 

5.4.1 Penghuni hendaklah tidak membiarkan sampah dan kekotoran berlonggokkan di dalam atau di luar Apartment tersebut  dan tidak akan menyimpan atau menyewakan barang-barang atau kenderaan di mana –mana bahagian harta bersama (Common Property) yang boleh menyebabkan halangan terhadap penghuni lain. Pemilik/ Penyewa  tidak akan membuang atau menjatuhkan sebarang kertas, sampah, puntung rokok atau sebarang benda lain dari mana-mana tingkap atau pintu atau ke dalam sinki, saluran paip di dalam atau di luar unit rumah yang boleh menyebabkan saluran-saluran tersumbat atau bahaya kepada penghuni lain atau orang awam.

5.4.2 Sampah hendaklah dibungkus dengan kemas dalam karung plastik atau kertas dan dibawa sendiri untuk dibuang di ke dalam tong sampah yang disediakan.

5.4.3 Penduduk/ Penghuni perlu memastikan sampah sarap (dapur/pepejal) tidak dibuang merata-rata tempat di kawasan harta bersama kecuali di tong sampah yang di sediakan sahaja

5.4.4 Lori-lori sampah dari tetuan Alam Flora Sdn. Bhd. akan memungut sampah dari tong sampah pada hari-hari yang ditetapkan.

5.4.5 Pihak pengurusan Bangunan akan melantik kontraktor/ perkerja untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan gunasama seperti longkang blok, petak letak kereta, kawasan lobi lif setiap tingkat, serta menjalankan kerja dan pemotongan rumput penyelenggaraan tanaman.

5.4.6 Penghuni adalah dilarang membuang atau menyebabkan dibuang atau melonggokkan apa-apa kertas, sampah, puntung rokok atau barang buangan di mana-mana kawasan gunasama selain daripada tempat untuk pembuangan sampah.

5.4.7 Awasi-lah anak-anak anda supaya tidak membuang sampah dari tingkat-tingkat atas, ibu bapa dan penjaga akan dikenakan denda sekiranya didapati anak-anak anda membung sampah ke bawah dan tertangkap. Sila semak senarai bayaran dipara 6.8

5.4.8 Penduduk/penghuni perlu memastikan sampah-sampah yang berair tidak menitis dari petak rumah hingga ke dalam tong sampah serta tidak bersepah. Jika terdapat menitis dan bersepah, penduduk mesti membersihkannya. Kegagalan melaksanakannya akan menyebabkan anda akan didenda jika ditangkap.

5.4.9 Penghuni adalah minta untuk menjemur kain baju, tilam, permaidani atau benda-benda seumpamanya dengan cara yang teratur serta tidak menitiskan air serta menjejaskan pandangan awam dan menyebabkan gangguan kepada penghuni lain.

5.4.10 Sebarang masalah boleh dilaporkan kepada BPB (JMB) untuk tindakan selanjutnya.

5.4.11 Petak kuning rumah sampah diwartakan sebagai (petak kuning) zon kunci (Clamping Zon). Ditegah sekeras-keras-nya meletak sebarang kenderaan, denda akan dikenakan kepada yang ingkar, sila semak senarai  bayaran dipara 6.9.

5.5 KAWASAN HARTA BERSAMA 

5.5.1 Kawasan harta bersama yang termaktub didalam Lot 36079 dan  36081 hak milik pajakan negeri (WP) 34634, Mukim Petaling Kuala Lumpur 
5.5.2 (Merujuk dari akta m/surat 10 bahagian  “Harta”) “Harta Bersama”, berhubung dengan sesuatu kawasan pemajuan, ertinya sekian banyak  kawasan pemaju,yang terkandung dalam mana-mana petak, seperti elemen struktur bangunan , anak tangga, laluan kecemasan, pintu masuk dan pintu keluar, koridor, lobi, lekapan dan pemasang, lif, pelongsor sampah, tong sampah, kawasan, parit, tangki air, pembentung, paip, wayar, kabel dan saluran yanag memberi kemudahan kepada lebih daripada satu petak, bahagian luar semua bahagian bersama bangunan bersama bangunan, padang permainan dan kawasan rekreasi, jalan masuk, tempat letak kereta dan kawasan meletakkan kereta, ruang terbuka, kawasan landskap, tembok dan pagar, dan segala kemudahan dan pepasangan lain dan mana-mana bahagian tanah yang digunakan atau boleh digunakan atau dinikmati bersama oleh semua penghuni bangunan itu; “kawasan motorsikal berbumbung”.

5.5.3 (Merujuk dari JAWATANKUASA PERANCANG BANDAR 2000).

B 15 status pemilikan kemudahan penduduk kediaman berbilang tingkat kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Para 7.0 KRITERIA PEMILIKAN KEMUDAHAN DALAM BANGUNAN

Secara umumnya kemudahan-kemudahan tersebut boleh dikategorikan kepada 2 kategori iaitu :

i. Kategori (i)
Harta bersama yang bersifat perniagaan contoh-nya  Pusat Kesihatan, Cafeteria, Pasar Mini, Kedai, Kedai Bunga, Tadika, Taska dan Kedai Dobi.
ii. Kategori (ii)
Harta bersama yang sedia digunakan untuk kemudahan penduduk yang tidak bersifat perniagaan, contohnya Kolam Renang, Gelanggang Tennis, Dewan Serbaguna, Bilik Riadah (Gymnasium), Bilik Kecemasan, Pejabat Pengurusan, Surau, Dewan Orang Ramai dan Tempat Letak Kereta.

5.5.4 Kawasan harta bersama adalah dibawah tanggungjawab JMB. Bagaimanpun penduduk juga perlu bekerjasama bagi memasti kawasan harta bersama dan dipelihara.

5.5.5 Kawasan harta bersama akan dibersihkan (sapu dan cuci) oleh pekerja kebersihan secara berjadual kecuali jika ada sebarang kerja-kerja lebih penting yang perlu diutamakan.

5.5.6 Kawasan harta bersama akan dibasuh mengikut keperluan.

5.5.7 Sawang dan kotoran dinding akan dibersihkan mengikut keperluan.

5.5.8 Penduduk boleh menghubungi pihak pengurusan bangunan dalam waktu pejabat jika terdapat masalah kekotoran berbangkit, contohnya muntah, najis kucing dsb.nya. Pekerja kebersihan akan datang membersihkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

5.5.9 Rumput akan dimesin, bunga dan dahan pokok akan di cantas/ di trim, mengikut keperluan.

5.5.10 Dinding, tangga dan tempat letak kenderaan adalah kawasan harta bersama, dibawah tanggungjawab BPB (JMB). Bagaimanapun penduduk perlu bekerjasama bagi memastikan dinding dan tangga tidak rosak atau conteng. Sebarang kerosakan, contengan atau kotoran perlu dimaklumkan kepada pihak pengurusan bangunan. Sesiapa yang ditangkap atau disabit kesalahan, akan didenda. Sila semak senarai dipara 6.8.

5.5.11 Tangga & kaki lima, adalah laluan kecemasan apabila berlaku kebakaran, dan laluan orang ramai, kedua-duanya adalah harta bersama, menjadi satu kesalahan kepada pemilik petak menyimpan dan meletak barang-barang persendirian dilaluan tersebut.melakukan halangan boleh dikenakan denda oleh pihak pengurusan bangunan, DBKL dan jabatan bomba & penyelamat. Termaktub dalam perjanjian jual beli (S&P Agreement)

5.5.12 Lampu dalam bangunan dan kaki lima (corridor) dikawasan harta bersama adalah dibawah tanggungjawab pengurusan bangunan pihak pengurusan bangunan akan membuat pemantauan berkala. Jika penduduk  mendapati sebarang kerosakan, laporan boleh dibuat untuk tindakan lanjut, Adalah menjadi satu kesalahan jika penduduk sendiri mengubah warna cahaya lampu atau membaiki lampu tersebut tanpa mendapat kebenaran dari JMB termasuk mencuri.

5.5.13 Lampu luar bangunan. Termasuk lampu jalan, lampu taman, lampu limpah dan lampu bawah blok (tingkat G) dsb.nya, adalah dibawah tanggungjawab BPB (JMB).

5.5.14 Taman permainan (Blok 4 & 6) : Taman permainan telah disediakan oleh pemaju dan sekarang diselenggarakan oleh JMB. Alat permainan ini dikhaskan untuk kanak-kanak dibawah 12 tahun sahaja. Orang-orang dewasa  dilarang sekeras-kerasnya mengguna dan menaiki peralatan tersebut kerana ketahanannya untuk kanak-kanak sahaja. ”Taman permainan ini juga hanya boleh digunakan sehingga pukul 12.00 tengah malam.”

5.5.15 Kawasan lapang (Blok 4 & 6). Kawasan ini dibiarkan kosong dan ruang bagi aktiviti seperti majlis perkahwinan atau jamuan blok. Caj minima akan dikenakan bagi majlis-majlis persendirian dan percuma pada majlis-majlis kemasyarakatan. “Sebarang aktiviti sukan hanya dibenarkan sehingga pukul 12.00 tengah malam.”

5.5.16 Pagar. Pagar sekeliling Apartment adalah dibawah pengawasan BPB (JMB).sebarang penceroboh atau vandalisma dan kerosakan akan menyebabkan BPB (JMB) perlu mengeluarkan kos memperbaiki. Kos membaik-pulih akan ditanggung pada mereka-mereka yang tertangkap. Pagar ini adalah untuk melindungi kawasan pangsapuri daripada sebarang anasir luar. Disamping itu ia juga sebagai penanda sempadan kuasa BPB (JMB) dengan kawasan luar.

5.5.17 Paip Air Bersama. Paip air bersama digunakan untuk bagi membersihkan kawasan harta bersama. Penduduk dilarang menggunakan air paip bersama untuk kegunaan persendirian. Caj minima akan dikenakan kiranya tertangkap.

5.6 PERKHIDMATAN AIR MINUMAN DAN PILI BOMBA 

5.6.1 Bil air dikenakan secara kolektif. Ini kerana pangsapuri masih menggunakan meter air pukal. Kegagalan membayar bil air pukal akan menyebabkan air yang disalurkan akan dipotong dan menjejaskan semua penduduk. Termasuk Pili Bomba dan paip Bomba disetiap tingkat.

5.6.2 Bilik paip Bomba setiap tingkat adalah harta bersama, maka merosakan, menggunakan, menyimpan atau meletak barang-barang persendirian adalah kesalahan dan boleh diambil tindakan dan denda oleh Pengurusan Bangunan dan Bomba.

5.6.3 Bil air individu mesti dibayar dalam tempoh 21 hari dari tarikh bil dikeluarkan untuk mengelakkan sebarang tindakan penguncian meter air. Bil yuran penyelenggaraan & air yang tertunggak melebihi 3 bulan. “Penguncian akan dilakukan setelah tiga (3) peringatan diberikan kepada pemilik petak.”

5.6.4 Bagi meter air yang dikunci, penduduk hendaklah menjelaskan bil yuran penyelenggaraan tertunggak berserta denda bagi membuka kunci air tersebut. (Tertunggak 3 Bulan peringatan pertama akan dikeluarkan) 

5.6.5 Perbuatan yang merosakkan kunci air boleh dikenakan denda maksimum untuk pengantian kunci air tersebut. Sila semak pada para 6.13

5.6.6 Kiraan Harga Air. Harga air yang dijual oleh syabas kepada BPB (JMB) 85 sen meter padu (m3). Dan disalurkan kepada unit-unit petak 90 sen meter padu (m3).

5.7 MASALAH ATAU KEROSAKAN 

5.7.1 Sebarang kerosakan dalam kawasan harta bersama hendaklah dilaporkan kepada pihak pengurusan bangunan untuk tindakan seterusnya.

5.7.2 Hanya setelah mendapat laporan rasmi, barulah pihak pengurusan bangunan akan membuat tindakan susulan. Laporan  rasmi boleh dibuat dengan mengisi borang aduan kerosakan yang terdapat di pejabat pengurusan.

5.7.3 Kerosakan bahagian dalaman petak adalah tanggungjawab pamilik petak. Pihak pengurusan bangunan tidak dapat membantu dalam menyelesaikan masalah tersebut.

5.7.4 Kerosakan yang melibatkan lebih dari satu petak, pihak pengurusan bangunan hanya boleh jadi orang tengah dalam menyelesaikan masalah tersebut.

5.7.5 Sebarang kerosakan yang dikenal pasti dan disabit dengan individu tertentu akan dikenakan denda mengikut jumlah kerosakan yang dilakukan.

5.8 MESIN ANGKAT PENUMPANG (PASSENGER LIFT) 

5.8.1 Mesin angkat penumpang (passenger lift) adalah harta bersama yang perlu dijaga oleh setiap pengguna atau penghuni apartment.

5.8.2 Kos selenggaraan dan baik-pulih yang tinggi memerlukan ia dijaga dengan sempurna, oleh semua pihak (MAHAL)

5.8.3 Bagi menentukan keselamatan kita terjamin. Kemudahan ini perlu dijaga dengan baik untuk kegunaan membawa penduduk ke atas atau bawah.

5.8.4 Apabila berlaku kebakaran hanya satu (1) lif akan ditugaskan untuk menyelamatkan penduduk dan dikendalikan olih pihak jabatan Bomba & Penyelamat. Penduduk dinasihatkan agar menggunakan tangga sewaktu kecemasan.

5.8.5 Motosikal tidak dibenarkan sama sekali menguna lif ini, denda maksima akan dikenakan pada pemilik motosikal. Semak senarai para 6.10

5.8.6 “Jika berlaku sebarang kecemasan atau terperangkap didalam lif, sila maklumkan kepada pihak pengurusan atau hubungi pihak SIGMA di talian 03-7958 6999. Jika tiada tindakan diambil dalam masa 45 minit, dibenarkan untuk menghubungi pihak bomba bagi mendapat bantuan.”

5.8.7 “Berdasarkan surat pekeliling  JKKP , penduduk adalah dilarang mengumpil atau memecahkan pintu lif untuk menyelamatkan orang yang terperangkap di dalam lif. Ini kerana pihak pengurusan tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan diatas kesalahan tersebut.”

5.9 KESELAMATAN 

5.9.1 Pindah memindah dan Penyewaan Unit Rumah

a)   Keseluruhan kawasan Apartment adalah dikawal oleh anggota pengawal keselamatan sepanjang 24 jam. Penghuni atau bakal penghuni diminta memaklumkan pihak pengurusan bangunan (2) minggu lebih awal sekiranya ingin berpindah masuk ke kawasan atau keluar dari kawasan. Sila maklumkan beberapa maklumat penting seperti nama syarikat/ kontaktor yang akan mengangkat barang, anggaran masa dan lain-lain perkara menggunakan borang yang disediakan.

b) Pemilik petak yang menyewakan petaknya adalah hilang hak mereka menikmati segala kemudahan yang disediakan di bawah harta besama dan statusnya apabila memasuki kawasan Apartment ini adalah sebagai pelawat dan tertakluk kepada peraturan mengenai pelawat.

c) Pemilik petak hendaklah memaklumkan kepada penyewa hendaklah memaklumkan dan memberikan maklumat berkenaan penyewa yang menyewa petak berkenaan.

d) Pemilik petak hendaklah memaklumkan kepada penyewa petaknya supaya mematuhi peraturan kaedah-kaedah dalaman yang dikuatkuasakan oleh pengurusan bangunan.

e) Pemilik petak juga dikehendaki memaklumkan sebarang pertukaran penyewa yang menyewa petaknya dan pengurusan bangunan boleh meminta pada bila-bila masa kepada pemilik petak mengenai maklumat penyewa yang menyewa petak bagi tujuan kemaskini dan rekod.

5.9.2 PELAWAT

a) Setiap pelawat adalah dikehendaki melapor dan mendaftarkan diri di pondok keselamatan dan mendapatkan pas keselamatan sebelum memasuki kawasan Apartment.

b) Pelawat juga adalah diminta untuk meninggalkan buktikan bukti pengenalan diri seperti lesen memandu kepada pengawal keselamatan yang bertugas.

c) Pelawat juga adalah diminta untuk memaklumkan maklumat orang dan no. petak yang ingin dilawati. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan kebenaran masuk tidak diberikan.

d) Kenderaan pelawat adalah dikehendaki di letakkan ditempat yang telah dikhaskan sahaja. Keingkaran boleh menyebabkan tindakan diambil oleh pihak pengurusan bangunan untuk mengunci kenderaan dimana denda perlu dibayar untuk membuka kunci tersebut.

e) Jurujual dari rumah ke rumah atau menghantar risalah jualan adalah dilarang memasuki kawasan Apartment. Jika tertangkap tindakan undang-undang boleh dikenakan kerana menceroboh.

f) Pihak kontraktor  luar yang ingin memasuki kawasan Apartment bagi apa-apa tujuan sekalipun adalah dikehendaki melapor dan mendaftar diri di pos pengawal keselamatan seterusnya mengambil dan mendapat kad pelepasan sementara di pejabat pengurusan bangunan. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan keluar dari kawasan Apartment oleh pihak pengurusan bangunan boleh diambil.
5.10 KENDERAAN PERSENDIRIAN (MOTOSIKAL & MOTOKAR)

5.10.1 Kenderaan persendirian perlu didaftarkan dengan pihak pengurusan bangunan. Ini bagi membantu pihak pengurusan Bangunan mengenal pasti dan mengawal kenderaan yang keluar masuk kawasan Apartment. “Caj pelekat kenderaan, sila rujuk para 7.4 dan 7.5.”

5.10.2 Setiap kenderaan persendirian perlu mendapat pelekat kenderaan (sticker) yang disediakan oleh pihak pengurusan bangunan. Sejumlah bayaran tertentu akan dikenakan seperti pada jadual 7.4 & 7.5. “Pelekat kenderaan juga tidak boleh dipindah milik kepada orang lain.”

5.10.3 Kenderaan tanpa pelekat tidak akan dibenarkan masuk dan perlu diletakan di luar kawasan Apartment.

5.10.4 Kenderaan pelawat perlu didaftar di pondok pengawal keselamatan dan mendapatkan pas sementara. Pas tersebut perlu-lah dipamerkan sepanjang masa kenderaan dalam kawasan pelawat meninggalkan kawasan Apartment.

5.10.5 Pemilik kenderaan yang tidak mematuhi peraturan ini akan diminta meninggalkan kawasan pangsapuri. Kegagalan mematuhi arahan akan dikenakan tindakan ‘clamp’ kenderaan dimana denda perlu dibayar untuk membuka ‘clamp’ tersebut. Sila lihat jadual 7.0

5.10.6 Pemilik kenderaan yang dikunci perlu menghubungi pihak Pemgurusan Bangunan untuk membukanya dengan membayar denda. ‘clamping’ adalah menjadi kesalahan dan denda maksimum bolaeh dikenakan. Sila semak senarai bayaran dipara 7.11

5.10.7 “Kenderaan yang rosak dan tersadai, pemilik akan diberi notis selama 14 hari. Sekiranya gagal mengalihkan kenderaan tersebut dalam masa yang ditetapkan, pihak Pengurusan Bangunan, akan melaporkan kepada pihak polis dan Unit Tunda Kenderaan DBKL. Seterusnya tindakan menarik kereta dari kawasan Apartment akan diambil.”

5.11 KENDERAAN PERDAGANGAN (LORI)

5.11.1 Hanya kenderaan perdagangan penghuni yang telah didaftarkan dengan pihak Pengurusan Bangunan serta tidak melebihi 3 tan sahaja dibenarkan memasuki dan menggunakan tempat letak kereta di dalam kawasan Apartment. Walau bagaimanapun kebenaran ini adalah tertahluk atas budi-bicara pihak BPB (JMB) dan keadaan semasa.

5.11.2 Bagi kenderaan perdagangan yang membawa barang-barang pindah masuk atau pindah keluar kebenaran masuk diberikan setelah mendapat kebenaran (PAS) dari Pondok Pengawal dan pihak Pengurusan Bangunan. “Kenderaan yang memunggah barang dibenarkan menaik atau menurunkan barang disebelah anjung (awning) blok 4 & 6.”

5.11.3 Kenderaan yang membawa keluar sampah dari Alam Flora sahaja yang dibenarkan untuk keluar/ masuk dalam kawasan Apartment melalui pemantauan pihak Pengurusan Bangunan.

5.12 LALUAN MASUK/ KELUAR

5.12.1 Laluan masuk dan keluar utama adalah melalui jalan 2A/146 di hadapan Blok 6 yang berhampiran dengan surau Kg. Selamat dan kawasan Perumahan Fasa 1. Laluan dibuka sepanjang masa.

5.12.2 Laluan masuk/ keluar yang kedua menghala Jalan 20/146. Adalah digunakan untuk laluan kecemasan, kenderaan Alam Flora mengangkut sampah di blok 4 dan pada waktu-waktu tertentu yang difikirkan perlu oleh pihak Pengurusan Bangunan.

5.12.3 “Laluan pejalan kaki Pintu Belakang Blok 4 akan dibuka jam 6.00 pagi – 12:00 malam.”

5.13 ZON LARANGAN MELETAK KENDERAAN (PETAK KUNING)

5.13.1 Laluan Keluar/ masuk utama
5.13.2 Laluan keluar/ masuk kedua
5.13.3 Dihadapan semua rumah sampah “dan di hadapan pondok pengawal.”
5.13.4 Dihadapan bilik Sub Station TNB
5.13.5 Ruang legar (lobi) depan pintu masuk/ keluar lif, blok 4 & 6 
5.13.6 Laluan penjalan kaki dan kaki lima tingkat bawah apartment
5.13.7 Laluan keluar/ masuk motorsikal
5.13.8 Kawasan sekitar peti surat
5.13.9 “Tindakan dan denda, sila lihat di para 7.9.”

Semua tempat-tempat tersebut diwartakan didalam’Kaedah Dalaman’ supaya menjadi undang-undang. Sila semak senarai dipara 7.9.

5.14 BINATANG PELIHARAAN (PETS)

5.14.1 Penghuni hanya dibenarkan memelihara binatang peliharaan didalam petak masing-masing sahaja (di dalam rumah sahaja) Kegagalan mengikut peraturan ini boleh menyebabkan tindakan penguatkuasaan seperti merampas binatang peliharaan boleh diambil.

5.14.2 Hanya binatang yang bukan haiwan yang terancam dan dilindungi oleh Jabatan Perhilitan sahaja dibenarkan dibela.

5.14.3 Penghuni adalah dilarang membawa binatang peliharaan di dalam mesin angkat penumpang (lif)

5.15 PEJABAT PENGURUSAN JMB

5.15.1 Pejabat pengurusan BPB (JMB) digunakan untuk aktiviti pengurusan penyelenggaraan Apartment.

5.15.2 Sebarang masalah kerosakan Harta Bersama, bolehlah kepada pegawai bertugas dipejabat.

Waktu Pejabat :- 
Isnin – Jumaat :
09:00 pagi – 5:00 petang
Sabtu : 
09:00 pagi – 1:00 petang

5.15.3 Sebarang laporan kerosakan perlulah mengisi borang laporan agar pihak pengurusan dapat mengambil tindakan sewajarnya. Peti Aduan dan cadangan beserta borang juga disediakan dihadapan mesin pengangkutan penumpang (lif).

5.16   SENARAI AJK BPB (JMB) PERUMAHAN DESA TASIK FASA 6B,  SESI TAHUN 2017-2018

1. Zulkiflee b. Abdul Rahman (06-09-11) - 012-227 9957 - Pengerusi
2. Baharuddin b. Aris (06-07-11) - 013-391 3990 - Timbalan Pengerusi (Bahagian Teknikal) 
3. Salehuddin B. Musa (04-07-10) - 019-269 0277 - Setiausaha
4. Zainil Azli b. Ariffin (06-15-14) - 012-285 7673 - Bendahari
5. Zubir b. Awang (06-09-01) - 012-263 4068 - AJK Penyelenggaraan/ InfraStruktur
6. Mohd Jahaber Sathik b. Hj. Mohd (06-02-03) - 012-358 7492 - AJK Penyelenggaraan/ InfraStruktur
7. Azlan Kee b. Abdullah (06-13-20) - 011-1312 2600 - AJK Keselamatan/ Parkir/ Hal Ehwal Penduduk
8. Nor Azmi b. Mohamad Eunos (04-06-02) - 019-280 7838 - AJK Keselamatan/ Parkir/ Hal Ehwal Penduduk
9. Hishamuddin b. Laham @Mahbat (06-01-14) - 019-257 0031 - AJK Kebersihan


6.0 TINDAKAN

6.0.1 Badan Pengurusan cuba melaksanakan tugas dengan cara terbaik. Oleh itu Badan Pengurusan telah menetapkan bahawa tindakan berikut akan dilaksanakan.

6.0.2 Denda akan dikenakan terhadap sebarang kesalahan atau kegagalan memenuhi sebarang syarat dan peraturan Badan Pengurusan

6.0.3 Denda perlu dibayar dalam tempoh yang telah dinyatakan dalam kertas denda.

6.0.4 Faedah akan dikenakan jika gagal membayar dalam tempohnya.

6.0.5 Jika masih gagal, tindakan yang lebih tegas akan dikenakan seperti mengunci meter air petak yang berkenaan, mengambil tindakan mahkamah dan melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan yang terlibat.


7.0 RINGKASAN STRUKTUR BAYARAN

7.1 Caj Penyelenggaraan - RM 65.00* sebulan - (Termasuk ‘Sinking Fund’ RM5.00)

7.2 Caj Air - Mengikut kegunaan bulanan* minimum RM8.50

7.3 Caj Cukai Tanah Setahun - Mengikut caj dikenakan mengikut JMB

7.4 Caj Pelekat Kenderaan - RM10.00 - Untuk kenderaan kedua dan seterusnya Pemilik/ penyewa setiap kenderaan

7.5 Caj Pelekat Motosikal - RM5.00 Untuk motosikal kedua dan seterusnya Pemilik/ penyewa setiap motosikal

7.6 Wang Pendahuluan (deposit) ubah suai rumah - RM 300.00

7.7 Denda Buang sampah merata-rata atau mengotorkan kawasan bersama - RM30.00

7.8 Denda Merosakkan harta awam - Minima RM30.00* atau mengikut jumlah - diperlukan untuk memperbaiki kos membaik-pulih keseluruhan kerosakan dibuat oleh JMB         

7.9 Denda kesalahan meletak kenderaan di kawasan larangan dan tidak mempamerkan/ mempunyai Pelekat Kenderaan/ Pas Sementara - Motosikal : RM10, Kereta & Van : RM50 (caj membuka ‘clamp’) 

7.10 Denda membawa motosikal ketingkat atas - RM50.00*

7.11 Denda merosakkan rantai dan kunci kenderaan - Mengikut harga semasa*

7.12 Caj pengaktifan semula air - RM20.00

7.13 Denda merosakkan kunci air BPB (JMB) - Mengikut harga semasa*

* (Faedah 8% setahun akan dikenakan dan dikira dari hari ke hari atas sebarang kelewatan/
tunggakan pembayaran caj/ denda sehingga pembayaran selesai)


8.0 PENUTUP

8.1 Kaedah dalaman ini dibuat bukan untuk menyusahkan penduduk, sebaliknya bertujuan memastikan keselesaan penduduk sendiri.

8.2 Penduduk perlu membaca dan memahami semua kaedah dalaman dan memastikan tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

8.3 Penguatkuasaan adalah juga berlandaskan budi bicara pegawai penguatkuasa

8.4 Sebarang tindakan bukanlah untuk menghukum tetapi sebagai peringatan supaya kita menghormati peraturan dan jiran yang lain.

8.5 Penguatkuasaan perlu mendapat kerjasama penduduk. Ada yang perlu tampil untuk melaporkan, membantu penyiasatan dan seterusnya mengiakan tindakan yang dikenakan.



Dikemaskini semula oleh :

Jawatankuasa Pengurusan Bersama
Apartment Desa Tasik Fasa 6B (No.Siri : JMB 205/2008)
D/A 6-0-1, Blok 6, Jalan 2A/146,
Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur.

1 Disember 2017